30 Jun 2013

♥ DIA ♥



Dia insan yang bergelumang dengan dosa.
Dosa yang tidak dapat sang manusia hitungkan.
Hanya ALLAH yang bisa menghitungnya.
ALLAHu! Masih sempatkah dia memohon ampun dan bertaubat pada PENCIPTAnya?

Dia merenung sendiri.
Mengapa dia selalai dan sealpa ini?
Persoalan demi persoalan terbit diminda.
Dia  menyoal dirinya sendiri. Adakah itu dirinya?

Dia  merasakan dirinya tiada guna.
“Apa yang aku berikan untuk keluargaku selama aku menuntut ilmu agama?”
ALLAHu!! Sungguh, dia tidak kuat untuk menghadapi keluarganya.
Dia  malu, malu pada PENCIPTAnya. Malu juga pada masyarakat yang memandang.

Ya, dia malu kerana dia tak dapat untuk mengheret ahli keluarganya bersama menggapai REDA dan HIDAYAH dari ILAHI.
Dia malu padaNYA yang SATU. Kerana dia lemah dalam perjuangan itu, hanya kerana mereka itu ahli keluarganya sendiri. Sedangkan pada yang lain, dia ada sedikit kekuatan untuk berdakwah walaupun satu ayat dia kongsikan.
Dia  sangat merasakan dirinya berdosa! Berdosa! Berdosa! Berdosa pada ILAHI!!

Dia  tidak kuat untuk menghadapi semua itu. Pedih rasanya hati itu bila mengingatkan azab yang dijanjikan ALLAH pada mereka yang fasik.
Dia sangat sayangkan ahli keluarganya.
Dia  tidak sanggup untuk mereka menanggung azab azab itu nanti.

# Hanya padaNYA dia merintih memohon kekuatan untuk dia bersuara kepada ahli keluarganya. Setiap hari dia mencari ILHAM bagaimana untuk dia menarik mereka dengan erti kata lain, menegur dan memberi nasihat dengan baik kepada mereka. Kerana dia boleh diibaratkan seorang anak kecik dalam keluarga itu. #
Share:

0 00 000 Hamba Allah: